Penjagaan Harian:
- Beri ikan makan sekali atau dua kali sehari – makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit
- Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit/tidak normal. Contoh: Sisik kembang atau tanggal, berubah warna dan sebagainya.
- Ikan yang mati perlu dibuang
- Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik
- Ukur kualiti air seperti nilai pH,ammonia, oksigen dan karbon dioksida
Penjagaan Mingguan:
- Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu.
- Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
- Bersihkan bahagian hadapan tangki
- Cuci kapas penapis dengan bersih
- Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal
- Perlu diingat supaya tidak memberi makan berlebihan kerana ini akan membahayakan ikan.
No comments:
Post a Comment