Wednesday, August 19, 2009

MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN

  • Terdapat dua jenis makanan ikan hiasan iaitu terapung dan tenggelam
  • Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan pertengahan kepala sesuai diberi makan makanan jenis terapung
  • Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah
  • Ikan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.
  • Ikan karnivor/pemangsa- memakan benda-benda hidup seperti anak ikan, serangga atau haiwan lain
  • Ikan pemakan plankton ( organisma mikro di dalam air )- Memakan organisma di dalam air.
  • Ikan harbivor- Memakan tumbuhan dan tidak sesuai untuk akuarium yang ditanam dengan tumbuhan akuatik.
  • Ikan omnivor- Memakan pelbagai jenis makanan spt plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet.
  • Makanan ikan hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti: Makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan.

No comments:

Post a Comment