Wednesday, August 19, 2009

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UTK HIASAN DALAM AKUARIUM

Tumbuhan akuatik penting dlm akuarium kerana tumbuahan ini:-
1.Akan menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua bahan di atas akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik)
2.Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis
3.Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh
Keperluan tumbuhan akuatik dalam akuarium
-Karbon dioksida- Boleh didapati dari kedai akuarium ( penting untuk proses fotosintisis)
-Baja- berbentuk cecair dan biji yg perlu ditambahkan dari semasa ke semasa ( utk proses pembesaran tumbuhan ini)
-Cahaya- lampu akuarium perlu dihidupkan 10-12 jam sehari (cahaya amat perlu untuk proses fotosintisis)

No comments:

Post a Comment