Wednesday, August 19, 2009

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

FAKTOR YANG MENYEBABKAN IKAN HIASAN DIJANGKITI PENYAKIT

  • Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
  • Air dalam akuarium terlalu kotor
  • Ikan yang luka atau cedera akibat dipindahkan

ANTARA PENYAKIT IKAN HIASAN

  • Penyakit rintik putih – Disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya akibat suhu air yang terlalu sejuk.Boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa.
  • Penyakit kulat – Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan lbahagian badan yang terdapat luka.Boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat
  • Penyakit bakteria- Ikan berubah warna menjadi pudar, sisik mengembang atau perut buncit. Penyakit ini disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan

MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

pH air
  • pH air ialah kemasaman air. Diukur dari nilai 1 – 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH.
  • Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.
    Suhu
  • Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.


Bahan beracun

  • Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan
  • Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara.
  • Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan keranaianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik

CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan Harian:

  • Beri ikan makan sekali atau dua kali sehari – makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit
  • Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit/tidak normal. Contoh: Sisik kembang atau tanggal, berubah warna dan sebagainya.
  • Ikan yang mati perlu dibuang
  • Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik
  • Ukur kualiti air seperti nilai pH,ammonia, oksigen dan karbon dioksida


Penjagaan Mingguan:

  • Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu.
  • Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
  • Bersihkan bahagian hadapan tangki
  • Cuci kapas penapis dengan bersih
  • Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal
  • Perlu diingat supaya tidak memberi makan berlebihan kerana ini akan membahayakan ikan.

MAKANAN IKAN HIASAN DIBAHAGIKAN KEPADA 3 KUMPULAN

Makanan Hidup

  • Plankton
  • Cacing
  • Ulat roti
  • Jejentik nyamuk
  • Udang dan anak ikan
  • Serangga dan sebagainya

Makanan kering

  • Makanan kering adalah makanan yang telah diawet

Makanan Rumusan

  • Makanan ikan yangtelah diproses dari kilang membuat makanan haiwan
    Contoh: pellet, emping stick dan sebagainya

Makanan basah

  • Contoh: Kerang, hati lembu
    sayur-sayuran seperti salad dan bayam

MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN

  • Terdapat dua jenis makanan ikan hiasan iaitu terapung dan tenggelam
  • Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan pertengahan kepala sesuai diberi makan makanan jenis terapung
  • Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah
  • Ikan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.
  • Ikan karnivor/pemangsa- memakan benda-benda hidup seperti anak ikan, serangga atau haiwan lain
  • Ikan pemakan plankton ( organisma mikro di dalam air )- Memakan organisma di dalam air.
  • Ikan harbivor- Memakan tumbuhan dan tidak sesuai untuk akuarium yang ditanam dengan tumbuhan akuatik.
  • Ikan omnivor- Memakan pelbagai jenis makanan spt plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet.
  • Makanan ikan hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti: Makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan.

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UTK HIASAN DALAM AKUARIUM

Tumbuhan akuatik penting dlm akuarium kerana tumbuahan ini:-
1.Akan menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua bahan di atas akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik)
2.Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis
3.Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh
Keperluan tumbuhan akuatik dalam akuarium
-Karbon dioksida- Boleh didapati dari kedai akuarium ( penting untuk proses fotosintisis)
-Baja- berbentuk cecair dan biji yg perlu ditambahkan dari semasa ke semasa ( utk proses pembesaran tumbuhan ini)
-Cahaya- lampu akuarium perlu dihidupkan 10-12 jam sehari (cahaya amat perlu untuk proses fotosintisis)

KATEGORI TUMBUHAN AKUATIK

  • TENGGELAM(submerged)- Berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan tenggelam sepenuhnya,
  • TERMUNCUL (emergent)-Berakar di kawasan cetek, Bahagian atas tumbuhan muncul di permukaan air
  • TERAPUNG(Floating)-Bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada di dalam air.
  • SEPARA AKUATIK(Semi-aquatic)-Tumbuhan melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam air.